nuffnang

Ahad, 27 Jun 2010

kisah wanita

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Saya pasti anda semua, wanita di luar sana turut berperasaan seperti saya. Risau memikirkan kitalah kelak yang akan menjadi penambah golongan kita di neraka kelak. Wanita terkenal dengan sifat yang penuh emosi, cepat merajuk dan sebagainya yang kadang-kadang menjadikan kita seorang yang menafikan segala kebaikan dan nikmat yang diterima sebelum ini. Maka, marilah kita bersama-sama menyelusuri perjalanan hidup Ummu Dahdah, isteri yang sangat menyenangkan suami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan